On the 24th of February, Russia invaded Ukraine, which resulted in heavy causalities and the displacement of millions of people. The war between Russia and Ukraine and the various multinational sanctions that followed has severely impacted the global energy and commodity markets; hitting the global economy hard.
Psalm 46:5 “God dwells in that city; it cannot be destroyed. From the very break of day, God will protect it. ”
[a] Pray that the Lord will: open the way for the Ukrainian refugees who have fled abroad; give courage to the Ukrainian people who have returned to defend their country, and give wisdom and strength to the Ukrainian leaders and troops to come up with a strategy to overcome their enemies.
[b] Pray to the Lord to strengthen our faith in Him; no matter the circumstances we are in, we will always remember that: Jehovah God, He has never lost His sovereignty, He is always in control and will take care of everything in this world.
2. Nation
At the end of February, the flood situation on the east coast of Peninsular Malaysia has continued to deteriorate, with severe flooding in many areas. At the same time, the new round of parliamentary sessions was officially held, and the political arena is once again turbulent and in a state of conflict.
Psalm 46:2-3 “Therefore we will not fear, though the earth is transformed and the mountains are toppled into the depths of the seas, though their waters roar and foam and the mountains quake in the surge. ”
[a] May God have mercy on the flood victims; help the fire fighters and rescue teams to effectively clear the disaster area; and, grant the Malaysian Examinations Board the wisdom to assist all the candidates to take their exams, and to be able to organize the exam center properly.
[b] May our Heavenly Father be compassionate and gracious to the leaders of our country with wisdom and foresight, a mentality to carry out justice and love of mercy, and to contribute to productive discussions in the decision-making of all major national affairs so that the interests of the country and the people are protected.
3. Church
In these last days, the whole church should be of one heart and become the watchman of this generation, to pray sincerely and to save souls.
Ezekiel 33:2 “Son of man, speak to your people and say to them: ‘When I bring the sword against a land, and the people of the land choose one of their men and make him their watchman,”
[a] Pray for the Christians in Ukraine: May the Lord strengthen the church in Ukraine to become a lighthouse that illuminates the darkness, and may the Lord uplift the Christians who are crying and praying desperately for the country and resisting the attacks of the evil one.
[b] Pray for the SCAC pastors: Give thanks to the Lord because He has gathered all the pastors to guide them through the Pastor’s School. May the Holy Spirit grant them power and ability so that they can hear and obey the sermons; being renewed, and growing from it.
4. Family
It is difficult to educate the next generation as many have become spoilt due to the lack of disciplining.
Ezekiel 33:7 “Son of man, I have made you a watchman for the people of Israel; so hear the word I speak and give them warning from me.”
[a] Pray that God will give parents the wisdom to teach. Pray that in educating their children: there is kindness and not strictness; gentleness and firmness; timely and effective correction of children’s wrong behavior; and to avoid over indulging their children that they so adore.
[b] Pray that God will personally discipline those we love, to save the next generation from the snares of the evil one, and to give them the opportunity to experience/know that which is truthful, honorable, righteous, pure, lovely, and to counter false teachings and information that they are able to build a Biblical foundation of Christian ethics and morality.
Pada 24 Februari, Rusia telah melancarkan operasi ketenteraan ke atas Ukraine. Serangan Rusia ini telah mengakibatkan ramai orang terkorban dan berduyun-duyun lari untuk menyelamatkan diri. Peperangan Rusia-Ukraine serta siri sekatan ekonomi multinasional telah mendatangkan kesan kronik terhadap pasaran tenaga dan komoditi global, serta menjejaskan ekonomi global dengan teruk
Mazmur 26:5 Allah berada di situ, kota itu tidak akan goyah;Allah akan membantunya ketika fajar menyingsing.
[a] Berdoa agar Tuhan membuka jalan bagi pelari-pelari Ukraine yang telah melarikan diri ke luar negara, menguatkan rakyat Ukraine yang telah kembali untuk mempertahankan negara, dan menguatkan pemimpin dan tentera Ukraine agar dapat membuat strategi untuk mengatasi musuh.
[b] Berdoa agar Tuhan menguatkan iman kita terhadap-Nya, tidak kira dalam apa jua keadaan, senantiasa mengingatkan kami: Allah Yehuwa, Engkau tidak pernah kehilangan kedaulatan-Mu, Engkau sentiasa mengawal dan menjaga segala-galanya yang ada di dunia ini .
2.Negara
Pada penghujung Februari, keadaan bencana banjir di pantai timur semakin merosot, banyak kawasan telah dilanda banjir teruk. Pada masa yang sama, penggal baharu persidangan parlimen telah diadakan secara rasmi, dan arena politik sekali lagi nampaknya bergelora.
Mazmur 46:2-3 Oleh itu, kita tidak akan takut meski bumi ini diganjakkan, meski gunung-ganang dialih ke tengah laut, meski airnya menderu dan bergelora, meski pergunungan bergoncang dilandanya.
[a] Kita berdoa agar Allah Bapa mengasihani mangsa-mangsa banjir, membantu pasukan penyelamat agar mereka dapat melaksanakan kerja-kerja menyelamat di kawasan bencana dengan berkesan. Kita berdoa agar Tuhan memberikan kebijaksanaan kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk membantu calon menduduki peperiksaan dan mengatur pusat peperiksaan dengan betul.
[b] Kita berdoa agar Bapa di syurga bermurah hati kepada para pemimpin negara kita agar mereka berpandangan jauh, bersikap menegakkan keadilan dan mencintai kesetiaan semasa berkhidmat. Mereka boleh menyumbang secara membina dalam perbincangan mengenai keputusan segala hal utama negara demi kepentingan negara dan rakyat.
3. Gereja
Pada hari akhir zaman, semua jemaat gereja harus mendirikan tembok dengan satu hati dan menjadi penjaga zaman, berdoa dengan bersungguh-sungguh dan menyelamatkan nyawa.
Yehezkiel 33:2 ‘Wahai anak manusia, berbicaralah kepada orang sebangsa denganmu dan katakanlah kepada mereka, “Seandainya Aku mendatangkan pedang terhadap sebuah negeri lalu rakyat negeri itu memilih seorang daripada kalangan mereka untuk menjadi penjaga.
[a] Berdoa untuk umat Kristian di Ukraine: Agar Tuhan menguatkan gereja di Ukraine untuk menjadi pelita di sana, menerangi kegelapan yang menggeletarkan, dan agar Tuhan membangkitkan umat Kristian yang komited untuk berjaga dan berdoa, berseru dengan bersungguh-sungguh untuk negara, dan menentang segala serangan penjahat.
[b] Berdoa untuk para pastor gereja kita: Bersyukur kepada Tuhan kerana mengumpulkan semua pastor untuk dibentuk oleh Tuhan di Pastor School. Semoga Roh Kudus menguatkan pastor untuk mendengar firman dan mengamalkan firman, diperbaharui dan membesar, mematuhi kepada panggilan Allah dan mengawal apa yang diamanahkan oleh Allah.
4.Keluarga
Pada masa kini, pengasuhan generasi akan datang berhadapan dengan masalah “anak manja”, kerana kanak-kanak zaman kini tidak boleh dihukum atau dimarahi, dan sukar diajar dengan kata-kata nasihat sahaja.
Yehezkiel 33:7 “Wahai anak manusia, engkau telah Kutetapkan untuk menjadi penjaga bagi keturunan kaum Israel. Oleh sebab itu dengarlah firman daripada-Ku dan peringatkanlah mereka atas nama-Ku.
[a] Berdoa agar Allah memberi kebijaksanaan kepada ibu bapa untuk mengajar. Semasa mendidik dalam keluarga, ibu bapa boleh berbelas kasihan dan bertegas, lemah lembut dan teguh, membetulkan tingkah laku anak-anak dengan berkesan dan tepat pada masanya, dan elak memanjakan anak-anak membuta tuli.
[b] Berdoa agar Allah secara peribadi mendisiplinkan orang yang Engkau mengasihi, menyelamatkan generasi muda daripada jerat si jahat, dan beri peluang kepada mereka untuk bertemu dengan apa sahaja yang benar, yang mulia, yang adil, yang suci, yang indah, yang dipandang tinggi, untuk menangkis kekeliruan yang disebabkan oleh maklumat yang mengelirukan, demi membina akhlak yang mulia.